Taska akibatkan kematian bayi ditutup sepenuhnya

Taska akibatkan kematian bayi ditutup sepenuhnya

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (depan, tengah) bersama Anfaal bergambar bersama penerima watikah Wanita Berdaya Selangor di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Taska tidak berlesen di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, yang telah mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan baru-baru ini telah ditutup sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, taska tersebut ditutup akibat berlakunya kes terbabit selain tidak mempunyai lesen operasi daripada pihak JKM.

“Taska tersebut tidak melakukan permohonan untuk lesen beroperasi dari JKM malah difahamkan dua pengasuh berkenaan tidak pernah menduduki latihan yang telah ditetapkan oleh JKM untuk mereka layak menjadi pengasuh yang bertauliah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, kematian  bayi berkenaan dilaporkan pada 3 Januari lalu oleh pihak Hospital Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati terdapat unsur kecuaian yang dilakukan pihak taska berkenaan.

Sehubungan itu, polis telah mengambil enam keterangan daripada enam individu bagi membantu siasatan kes terbabit.

Sementara itu, Anfaal berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa operator taska berkenaan akan didakwa dalam masa yang terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya