Taska ada kes polis, tidak dapat lulus mudah – Nancy Shukri

Taska ada kes polis, tidak dapat lulus mudah – Nancy Shukri

NANCY Shukri beramah mesra bersama kanak-kanak taska pada Majlis Pelancaran Plak Pendaftaran Taska di Taska Seri Kandi Jabatan Audit Negara, Kompleks F, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan dua premis taska untuk mendaftarkan operasi mereka tidak dapat diluluskan dengan mudah berikutan terdapat isu kematian dan insiden kecederaan terhadap bayi jagaan masing-masing baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya perlu membuat pertimbangan teliti sebelum meluluskan permohonan dua taska itu kerana ia turut melibatkan kelulusan pihak berkuasa lain.

“Dalam tindakan polis (kes kematian taska), maka ianya tidak dapat luluskan dengan mudah.

“Ia memerlukan kelulusan daripada pihak bertanggungjawab seperti bomba, pihak berkuasa tempatan. Jika di Sarawak pula, kita ada Jabatan Tanah dan Survey (sebelum dapat kelulusan)

“Jadi, perlu pertimbangan dan penelitian. Kalau kita luluskan dengan begitu sahaja, ia boleh melibatkan keselamatan kanak-kanak kita,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes bayi berusia empat bulan yang maut di sebuah taska di Saujana Putra, Selangor pada Jumaat minggu lalu.

Pada masa sama, seorang bayi berusia lapan bulan juga mengalami kecederaan dan lebam dipercayai digigit kanak-kanak lain di sebuah taska dekat Kuching, Sarawak Selasa lalu.

Difahamkan, premis tersebut tidak berlesen dan permohonan sudah dihantar kepada pihak berkuasa.

Nancy berkata, pihaknya juga mempunyai kuasa untuk menyita mana-mana taska yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

“Tahun lalu, sebanyak 94 tindakan penguatkuasaan telah diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di seluruh negara terhadap taska yang gagal mematuhi peraturan.

“Ia melibatkan sejumlah 61 tindakan membatalkan pendaftaran, arahan bertulis (1), tutup sementara (5), tindakan penguatkuasaan lak (8) dan kompaun (22),” katanya.

Susulan itu, Nancy meminta kepada golongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke taska berdaftar bagi memastikan keselamatan anak-anak pada tahap maksimum.

Ketika ini, terdapat sejumlah 3,198 taska berdaftar yang mempamerkan plak taska berdaftar yang merupakan inisiatif KPWKM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya