Tangani masalah kesihatan mental kalangan pelajar

Tangani masalah kesihatan mental kalangan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja dan belia menunjukkan peningkatan dua kali ganda.

Berdasarkan laporan tersebut, masalah mental mencatatkan kenaikan daripada 7.9 peratus iaitu 424,000 orang pada 2019 kepada 16.5 peratus (922,318 orang) tahun lalu.

Selain itu, dapatan NHMS turut menunjukkan peningkatan prevalen tingkah laku bunuh diri sepanajang tempoh 10 tahun dalam kalangan remaja dengan idea bunuh diri dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan daripada 7.9 peratus pada 2012 kepada 13.1 peratus pada 2022.

Secara umumnya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesejahteraan individu yang menyedari kebolehan dirinya, mampu mengurus tekanan harian dengan baik, dapat bekerja dengan produktif serta memberikan sumbangan positif kepada komuniti.

Antara masalah kesihatan mental yang lazim berlaku adalah kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma dan gangguan tidur.

Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan mental adalah cara atau corak asuhan seseorang, tahap pendidikan, agama dan budaya hidup, pengaruh persekitaran termasuk rakan sebaya dan guru-guru, keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang selain kesihatan fizikal.

Menyedari keseriusan masalah kesihatan mental, Kementerian Kesihatan mengambil beberapa inisiatif signifikan, antaranya mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja, selain menyediakan perkhidmatan talian bantuan krisis kesihatan mental iaitu Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love).

Pada hakikatnya, masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah tidak dapat diselesaikan oleh Kementerian Kesihatan sebaliknya memerlukan kerjasama erat ibu bapa, guru dan anggota masyarakat.

Ibu bapa misalnya perlu memastikan anak-anak tidak mengalami sebarang tekanan atau berada dalam kemurungan. Pemantauan rapi perlu dilakukan terhadap gerak geri dan tingkah laku anak-anak bagi mengenalpasti sebarang perubahan drastik yang pelik dan membimbangkan.

Jika ada sesuatu yang tidak kena, ibu bapa perlu segera berbincang dengan anak-anak iaitu ibu bapa selayaknya memainkan peranan sebagai kaunselor dengan membuka peluang untuk anak meluahkan apa saja masalah yang sedang mereka hadapi.

Noor Mohamad Shakil Hameed
Yang Dipertua Pibg
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor

 

Individu atau wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memberi sebarang komen,  saranan dan cadangan berkenaan isu sekolah, pelajar atau pendidikan  boleh e-melkan  ke [email protected]

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya