Tanah Runtuh Miri: Sarawak hulur bantuan RM10,000 kepada keluarga setiap mangsa

Tanah Runtuh Miri: Sarawak hulur bantuan RM10,000 kepada keluarga setiap mangsa

DOUGLAS UGGAH EMBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di Miri, semalam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Setiap mangsa yang terkorban diberi bantuan RM10,000,” katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Batu Kawa, hari ini.

Semalam, lima mangsa disahkan terkorban selepas tertimbus dalam runtuhan tebing Bukit Kanada itu.

Mereka yang maut adalah dua wanita, Sazarena Arabi, 41; Fatimah Dawi, 71; dua kanak-kanak perempuan, Nur Raisyah Syahirah, 8, serta Nur Rania Syafiqah, 11, dan remaja lelaki, Irsyad Syairah, 16.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan kaunselor bagi membantu memulihkan emosi semua mangsa yang selamat dalam kejadian itu.

“Bagi keluarga yang terselamat, musibah itu pasti meninggalkan kesan terhadap mereka dan gangguan emosi yang berat terpaksa ditanggung.

“JKM akan menanganinya dengan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat dan emosi mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya