'Tanah projek LRT adalah tapak pembinaan sekolah, bukan projek rumah'

‘Tanah projek LRT adalah tapak pembinaan sekolah, bukan projek rumah’

CHOW Kon Yeow (tengah) dalam majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam bersama Ketua Menteri di George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang menafikan tanah di Sungai Pinang yang akan digunakan bagi pembinaan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara adalah tapak untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri itu.

Sebaliknya, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tanah yang dirancang untuk pembinaan stesen LRT itu adalah tapak untuk pembinaan sekolah dan perkara tersebut sudah pun dibincangkan dengan Jabatan Pendidikan.

“Memandangkan ia telah dikenal pasti sebagai stesen LRT dan sekiranya LRT dibina maka, baki tanah ini tidak mencukupi untuk sebuah sekolah dan itu pun sudah dibincangkan. Memang tanah ini bukan tapak untuk perumahan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam dan menyampaikan amanat beliau kepada penjawat awam di negeri ini.

Sebelum ini, Gerakan Pulau Pinang mendesak Kon Yeow menjelaskan sama ada tanah di Sungai Pinang yang akan digunakan bagi pembinaan stesen LRT Laluan Mutiara adalah tapak yang sebelum ini dirancang untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah atau sebaliknya.

Kon Yeow berkata, lokasi majlis pelancaran projek LRT pada Sabtu ini juga telah dipilih di kawasan lapang yang sesuai di Sungai Pinang untuk memudahkan pelaksanaan acara. 

“Kawasan tersebut dipilih dengan mengambil kira ruang yang luas dan aliran trafik yang lebih teratur, sekali gus memastikan majlis berjalan lancar. Majlis ini lebih kepada simbolik sahaja dan boleh diadakan di mana-mana, tetapi kita memilih lokasi yang selesa untuk semua pihak yang terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, sehingga 2 Disember 2024, sebanyak 306 projek telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Pulau Pinang.

“Daripada jumlah tersebut, 246 projek baharu di bawah Rolling Plan Ke-4, dan 60 projek adalah 

projek sambungan. Jumlah keseluruhan kos projek bagi Pulau Pinang adalah sebanyak RM28.406 bilion, dan peruntukan yang diluluskan bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM1.356 bilion. 

“Daripada peruntukan tahun 2024 yang diluluskan ini, perbelanjaan adalah sebanyak RM1.108 billion iaitu bersamaan 81.76 peratus telah dicatatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya