Tampil rambut merah, kenyataan Fattah Amin mahu jadi muslim lebih baik dipertikai - Utusan Malaysia

Tampil rambut merah, kenyataan Fattah Amin mahu jadi muslim lebih baik dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan pelakon, Fattah Amin berambut merah menghiasi muka depan sebuah majalah lelaki telah meraih perhatian warganet.

Tampil dengan aura yang berbeza, kemunculan itu sekali gus menjadikan Fattah sebagai wajah eksklusif yang membuka tirai majalah tersebut bagi edisi 2025.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon filem KL Special Force itu turut berkongsi azam tahun barunya yang mahu menjadi seorang manusia, muslim dan bapa yang lebih baik.

Malah, Fattah juga berharap dia dapat menjadi selebriti yang boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai.

“Saya mahu menjadi seorang manusia, Muslim dan bapa yang baik. Tahun ini juga saya ingin memberi fokus yang lebih kepada kerjaya saya.

“Saya mahu menjadi seorang selebriti yang lebih baik berbanding sebelumnya yakni boleh memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.

“Semoga tahun ini, Allah SWT sentiasa melindungi saya,” katanya.

Namun, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan tersebut kerana penampilannya yang mewarnakan rambut dan memakai rantai leher.

“Mahu jadi manusia, muslim dan bapa yang lebih baik, tetapi rambut merah, pakai rantai, duduk terkangkang. Maaflah saya tegur, tak sesuai gambarnya,” komen seorang netizen.

“Tangkap muat saja pakai rantai walaupun untuk gambar, takkan tak boleh tolak,” kata seorang lagi netizen.

“Kalau nak jadi muslim yang lebih baik, cabut rantai itu. Perempuan sahaja yang boleh pakai rantai dan gelang. Rasanya Fattah tahu mungkin tidak perasan. Semoga 2025 menjadi tahun terbaik untuk Fattah. Semoga tidak hanyut dan alpa dalam kemasyhuran,” kata netizen.

Bagaimanapun, ada sesetengah pengikutnya yang membela tindakan pelakon itu dan memuji ketampanannya selepas tampil dengan sisi yang berbeza. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya