Tampar pegawai JPJ, tunjuk isyarat lucah, kelindan lori didenda RM2,000

Tampar pegawai JPJ, tunjuk isyarat lucah, kelindan lori didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kelindan lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam, minggu lalu.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman itu selepas R. Jegatheswaren mengaku bersalah dan turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada menjalankan fungsi awamnya di Jalan Desa Palma, di sini kira-kira pukul 8.30 pagi, 10 Januari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau dengan denda maksimum hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Polis Johor Bahru Selatan (JBS) menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun kerana bersikap biadap kerana menampar seorang pegawai JPJ ketika sedang menjalankan operasi yang menahan lori membawa barangan lusuh kerana melakukan pelbagai kesalahan, antaranya cukai jalan telah tamat tempoh,

Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek tiba-tiba naik berang dan telah menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menampar muka salah seorang pegawai JPJ serta melemparkan kata-kata kesat terhadap pegawai JPJ berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya