PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat peningkatan harga tambang bas yang bakal naik pada sesi persekolahan Februari ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab mengawal harga tambang bas sekolah kerana ia bukanlah di bawah bidang kuasanya. “Tambang bas sekolah bukan di bawah tanggungjawab MOT jadi kita tidak boleh kawal. “Namun, sebarang peningkatan perlu melibatkan perbincangan di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha bas itu sendiri,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar Penambahbaikan Jadual Bersepadu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya