Tahun Baharu Cina bermakna buat Seng Chong

Tahun Baharu Cina bermakna buat Seng Chong

THAM Seng Chong (dua dari kanan) menerima replika kunci rumah barunya daripada Choong Shin Heng (tengah) di Kampung Baru Bukit Pagar, Tapah, Perak. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini pastinya ceria buat seorang lelaki warga emas di sini apabila rumahnya yang musnah dalam kebakaran kini siap dibina dengan bantuan kerajaan negeri.

Tham Seng Chong, 63, kini dapat tinggal dengan selesa di rumah baharu setelah enam bulan menyewa bilik dengan bayaran RM150 sebulan sejak rumahnya di Kampung Baru Bukit Pagar di sini musnah dalam kebakaran Jun tahun lalu.

Dia justeru berterima kasih kepada kerajaan negeri, Menteri Besar Perak, Yayasan Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng yang membantu pembinaan semula rumah baharu buatnya itu.

“Saya gembira kerana dapat tinggal di rumah baharu yang selesa apatah lagi menjelang Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Ketiadaan rumah sendiri terutama semasa perayaan sudah tentu menyedihkan,” katanya ketika ditemui selepas menerima replika kunci program Sayangi Rumahku Yayasan Perak oleh Shin Heng di Kampung Baru Bukit Pagar di sini semalam.

Seng Chong masih tidak berkahwin merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik dan hanya bekerja sebagai seorang buruh binaan dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Kediaman baharu berkeluasan 59.45 meter persegi itu menelan kos sebanyak RM75,000 sumbangan sepenuhnya Yayasan Perak lengkap dengan ruang tamu, dapur, tiga buah bilik dan sebuah bilik air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya