BENTONG: Seorang wanita hanya mengetahui kematian adiknya menerusi hebahan dalam media sosial selepas pihak berkuasa mencari waris kemalangan meragut dua nyawa di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, kelmarin. Kemalangan melibatkan sebuah treler yang terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter kira-kira pukul 8 malam itu mengorbankan pemandu kenderaan tersebut, Norazuat Mokhtar, 39, dan seorang lagi mangsa yang sedang dikenal pasti identitinya. Kakak Norazuat, Noorelieena berkata, dia mengetahui kejadian menimpa adiknya itu menerusi aplikasi Whatsapp sebelum bergegas ke tempat kejadian. “Kebetulan adik bongsu saya di Johor Bahru memaklumkan viral…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya