Syukur dapat bayi sulung hari pertama tahun 2025 

Syukur dapat bayi sulung hari pertama tahun 2025 

KOTA BHARU 1 JANUARI 2025 - Antara bayi yang dilahirkan pada hari pertama 2025 berada di pangkuan ibu mereka di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri bersyukur kerana hasrat mereka untuk menimang cahaya mata sulung pada hari pertama memasuki tahun 2025 menjadi kenyataan.

Tengku Aisyah Izz Tengku Anuar, 27, berkata, bayi lelakinya itu lahir empat hari itu lebih awal daripada tarikh jangkaan pada Sabtu ini.

“Kami memang berhasrat  mendapatkan anak sulung sempena tahun baharu 2025 dan dimakbulkan. Syukur semuanya berjalan dengan baik dan semoga Allah permudahkan urusan anak apabila dewasa kelak,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hanumliyana Ariffin, 24, teruja kerana melahirkan anak sulung seberat 2.4 kilogram di HRPZ II pada pukul 8 pagi semalam walaupun jangkaannya adalah pada 12 Januari ini.

“Harapan saya supaya anak sulung ini menyinari keluarga dengan kebaikan untuk dunia dan akhirat, disamping mempunyai pendidikan yang tinggi,” katanya. 

Sementara di Johor, sambutan tahun baharu 2025 lebih bermakna bagi pasangan  Mohammed Fazurul Rahman, 30, dan Nur Atila Abd. Rahman, 29, apabila turut menyambut kelahiran anak sulung mereka

Mohammed Fazurul berharap, kehadiran cahaya mata pada tarikh istimewa ini diharap membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka yang berkahwin pada Februari tahun lalu.

Dia bekerja sebagai tukang masak di Singapura berkata, pada awalnya, isterinya dijadualkan bersalin pada 4 Januari.

“Namun, kerana saiz bayi agak besar doktor nasihatkan isteri bersalin lebih awal. Jadi, kami bersetuju untuk memilih tarikh 1 Januari yang menandakan kedatangan tahun baharu 2025.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya