Suspek keenam belasah OKU ditahan reman tiga hari

Suspek keenam belasah OKU ditahan reman tiga hari

DUA suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pukul lelaki orang kurang upaya (OKU) diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang lagi lelaki yang merupakan individu keenam dipercayai terlibat dalam kes membelasah lelaki kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini, Jumaat lalu, ditahan reman tiga hari bermula hari ini. 

Perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki tersebut ditahan polis kira-kira pukul 1.50 petang semalam selepas dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

“Sebelum ini, lima suspek berusia 18 hingga 60 tahun telah ditahan dan penahanan seorang lagi lelaki semalam menjadikan seramai enam suspek ditahan setakat ini bagi membantu siasatan,” katanya. 

Wan Muhamad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya. 

“Kita minta orang awam untuk tampil bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, di mahkamah sama, Sharifah Amirda Shasha turut membenarkan reman terhadap suspek keempat yang berusia 32 tahun disambung dua hari lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya