Sungai Marang lokasi semula jadi biak belangkas

Sungai Marang lokasi semula jadi biak belangkas

PESERTA Program Jom Menjejak Anak Belangkas melihat anak belangkas yang ditemukan di sekitar Sungai Marang, Marang, Terengganu. - UTUSAN / NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjumpai lokasi pembiakan belangkas pertama di Terengganu iaitu di kawasan pesisir Sungai Marang berdekatan Pulau Kekabu, di sini.

Dekan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT, Prof. Madya Dr. Faridah Mohamad berkata, kawasan seperti itu jarang ditemukan dan ia adalah habitat semula jadi yang menjadi ‘nurseri’ anak belangkas sehingga mencecah usia antara satu hingga dua tahun.

“Kemudian ia berpindah ke sungai atau laut. Penemuan baharu ini menunjukkan petanda baik bagi proses pemuliharaan belangkas terutama di negeri ini.

“Sebelum ini ia hanya diperoleh dari nelayan setempat di Kemaman, Besut dan Kemaman,” katanya pada Program Jom Menjejak Anak Belangkas di sekitar Sungai Marang, kelmarin.

Menurut Faridah, pihaknya menyaran dan mengalu-alukan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan supaya dapat mewartakan kawasan itu daripada sebarang pencerobohan.

Katanya, populasi belangkas di negara ini semakin meruncing dan dikhuatiri diancam kepupusan sekiranya tidak dikawal atau dihadkan pengeluarannya daripada dijual.

“Kuota tertentu bagi aktiviti pengeluaran hidupan itu wajar diwujudkan selain mewartakan kawasan pembiakannya agar tidak diceroboh.

“Permintaan tinggi bagi dijadikan hidangan eksotik selain dieksport ke pasaran Thailand antara sebab populasi haiwan ini kian meruncing. Belangkas dewasa yang berusia sekurang- kurangnya lapan tahun dimakan bersama telurnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya