Sultan Selangor titah gunakan zakat bagi pemulihan ahli GISBH

Sultan Selangor titah gunakan zakat bagi pemulihan ahli GISBH

Zakat GISBH
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menurunkan tandatangan ke atas plak sebagai simbolik perasmian Menara Zakat Sultan Idris Shah pada majlis perasmiannya, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah zakat boleh diagihkan kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) bagi tujuan pemulihan dan meluruskan akidah mereka.

Titah baginda, golongan itu merupakan antara lapan asnaf yang berhak menerima zakat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at Taubah ayat ke-60.

“Huraian kepada lapan asnaf yang berhak menerima agihan zakat hendaklah dirujuk kepada fatwa yang telah diputuskan. Lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan golongan yang terlibat dengan ajaran salah seperti kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), zakat bolehlah disalurkan kepada golongan ini melalui bantuan asnaf Ar Riqab.

“Lembaga Zakat Selangor (LZS) hendaklah memperuntukkan dana khusus yang sewajarnya untuk tujuan pemulihan golongan ini bagi memperbetulkan dan meluruskan aqidah mereka,” titah baginda pada Majlis Perasmian Menara Zakat Sultan Idris Shah, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya