Suami pukul isteri kerana berang dituduh mabuk 

Suami pukul isteri kerana berang dituduh mabuk 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Seorang guru tadika mengalami pendarahan di kepala selepas dipukul suaminya dalam satu insiden keganasan rumah tangga pada 12 Januari lalu di Jalan Ampang Mewah, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mangsa yang berusia 38 tahun membuat laporan polis pada hari yang sama kira-kira pukul 10.30 malam selepas suaminya bertindak ganas akibat selepas dituduh mabuk.

“Kejadian berlaku apabila suspek menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum bertindak memukul bahagian belakang badan mangsa, menendangnya dan mengacukan pisau.

“Perkara itu turut disaksikan oleh anak mereka. Pemeriksaan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, polis berjaya menahan suspek pada semalam sekitar pukul 10.30 malam di lokasi sama kejadian berlaku.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman selama tiga hari sehingga 17 Januari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Jika sabit kesalahan, Seksyen 323 membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala Seksyen 506 memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya