Suami isteri didenda RM24,000 miliki cecair ketum

Suami isteri mengaku salah miliki cecair ketum

MOHD Nasir Othman (depan, tengah) dan isteri (belakang) diiringi beberapa anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki cecair ketum di rumah sewa mereka, di Bayan Lepas, pada awal Januari lalu.

Tertuduh, Mohd. Nasir Othman, 47, dan isterinya, Norhafizah Mohd. Zamberi, 36, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan ketika jurubahasa membacakan pertuduhan terhadap mereka di hadapan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mohd. Nasir berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki cecair ketum, manakala Norhafizah pula berdepan satu pertuduhan memiliki ketum yang dibaca bersama dengan Mohd. Nasir.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Nasir didakwa memiliki cecair mitragynine (ketum) berjumlah 18 liter manakala bagi pertuduhan kedua yang dibaca secara bersama, Mohd. Nasir dan Norhafizah didakwa memiliki cecair mitragynine (ketum) berjumlah 259.5 liter.

Perbuatan bagi pertuduhan pertama dan kedua didakwa dilakukan di lokasi yang sama iaitu di hadapan rumah di Jalan Lintang Bayan 6, Sungai Ara, Bayan Lepas pada 6 Januari lalu, kira-kira pukul 9 pagi.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong memohon mahkamah untuk mengenakan jaminan berjumlah RM15,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mohd. Nasir kemudian memohon mahkamah agar mengurangkan jumlah jaminan memandangkan dia bekerja sebagai penghantar makanan serta mempunyai enam anak yang masih bersekolah dan isteri yang tidak bekerja.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Mohd. Nasir diikat jamin sebanyak RM16,000 manakala isterinya dikenakan jaminan RM8,000 beserta seorang penjamin selain menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya