Status tabika Kemas tumpang bangunan antara isu kajian naik taraf

Status tabika Kemas tumpang bangunan antara isu kajian naik taraf

LOGO KEMAS NOTA TERBITAN MEGA 10 NOVEMBER 2016 KHAMIS MUKA 19 archived by SUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan naik taraf dan baik pulih tabika bawah jabatan itu di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, pihaknya sedang menyediakan laporan komprehensif melibatkan kerja fizikal termasuk aspek dasar.

“Ini termasuk isu pemilikan tanah, status bangunan yang digunakan secara menumpang terutamanya bangunan awam seperti balai raya selain kaedah perolehan bangunan komersial yang sesuai untuk dijadikan premis tabika.

“Kita mahu penyelesaian secara menyeluruh dapat dicadangkan bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak khususnya di luar bandar lebih teratur dan terjamin.

“Selain itu, bagi kawasan pedalaman, penyediaan tenaga elektrik dan sumber air juga perlu diberi perhatian,” katanya dalam kenyataan di sini mari ini.

Untuk rekod, kajian menyeluruh itu juga selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya satu Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai perkara berkenaan disediakan.

Selain itu, katanya, keputusan kerajaan mengenai penggunaan panel solar, tangki tadahan hujan atau air bawah tanah juga wajar dikaji dengan teliti bagi memastikan keperluan asas itu dapat dipenuhi secara berkesan.

“Kemas bukan sahaja komited dalam penyediaan kemudahan fizikal yang kondusif, tetapi jauh lebih penting untuk anak-anak di luar bandar mendapat peluang pendidikan awal berkualiti sama seperti yang dinikmati anak di bandar,” katanya.

Ketika ini, terdapat lebih 10,616 kelas tabika Kemas di seluruh negara dengan 470 premis disewa dan 4,268 premis menumpang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya