SEOUL: Drama bersiri popular, Squid Game musim ketiga bakal menemui penonton pertengahan tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan platform penstriman Netflix setelah musim kedua selesai ditayangan 26 Disember lalu.
“Anda sudah bersedia untuk permainan terakhir kita? Squid Game musim ketiga bakal tayang 27 Jun ini,” tulis hantaran Netflix Korea pada Khamis.
Pengumuman itu turut disertai sebuah poster bayang-bayang anak patung lelaki bernama Chul-su menandakan sebuah permainan baru bakal berlaku.
Turut kelihatan pengawas bersenjata mengheret peserta 214 di sebatang jalan dipenuhi bunga.
Squid Game musim ketiga bakal menutup kisah perjalanan Gi-hun lakonan Lee Jung-jae yang mahu membongkar kegiatan pembunuhan di tempat itu.
Terdahulu, Squid Game musim kedua berjaya mengutip 68 juta penonton sejak ia ditayangkan minggu pertama.
Ia juga turut menduduki tempat pertama dalam 10 siri televisyen bukan bahasa Inggeris tahun lalu. -UTUSAN