SPRM kesan tujuh individu bantu siasatan kes

SPRM kesan tujuh individu bantu siasatan kes

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, tujuh individu tersebut membabitkan Liang Hwa Keong, 68, beralamat di No 2 & 3, Jalan Jambu Gajus 2, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Kenyataan memaklumkan, selain itu Kong Sian Chee, 57, dan Ong Chee Heong, 60, alamat terakhir di sekitar Rawang, Selangor dan Leong Thien Poh, 63, di B1-10 Jalan Mawar 17, Taman Mestika Cheras, Kuala Lumpur.

Selain itu, SPRM turut mengesan Lim Hoon Woon, 48, beralamat di Lot 270, Desa Aman Batu 11, Sungai Buloh, Selangor. 

“Kami juga mengesan Teng Wan Peng, 50, dan Teng Wan Loong ,51, yang menetap di sekitar Kepong, Kuala Lumpur

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Penguasa Khairul Ariffin Bin Ghazali di talian 012-3235996 atau emel [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya