SPRM dapatkan maklum balas DBKL esok berhubung dakwaan salah laku projek RM4juta

SPRM dapatkan maklum balas DBKL esok berhubung dakwaan salah laku projek RM4juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan maklum balas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihatnya berkaitan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRMSPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, siasatan dalaman berhubung perkara itu sedang dilakukan DBKL.

“Kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan yang dijalankan.

“Esok (Jumaat) pegawai saya akan hubungi Unit Integriti DBKL. Jika wujud elemen jenayah iaitu salah guna kuasa dan rasuah kita akan jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Ahmad Khusairi, buat masa ini SPRM memberi masa pada DBKL untuk jalankan siasatan dalaman.

Selasa lalu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM bersedia menyiasat sekiranya dapatan siasatan dalaman DBKL menunjukkan ada unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Sebelum itu, media melaporkan DBKL melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan terbabit.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dilaporkan berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Dimaklumkan, DBKL juga masih mengumpul maklumat dan bukti berhubung perkara itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya termasuk membuat laporan kepada SPRM.

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat itu mula tular di media sosial sejak Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya