SOP masjid diteliti, ditambah baik

SOP masjid diteliti, ditambah baik

MOHD. Na’im Mokhtar (tiga kiri) ketika sesi menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP di Taman Batu Muda, di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prosedur operasi standard (SOP) di semua masjid terutama di ibu negara akan diteliti semula dan ditambah baik sebagai langkah keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang kejadian pencerobohan masjid sebagaimana yang dilaporkan semalam berulang.

Beliau dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan SOP baharu di masjid sebaik menerima laporan lengkap berhubung kejadian semalam daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Bagaimanapun saya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak Jawi.

“Tambahan pula, kita perlu ingat tidak semua masjid dibawah pengawasan Jawi mempunyai pengawal keselamatan. Sebab itu kita perlu lihat dahulu sejauh mana kita boleh benarkan (bergantung kepada kemampuan) untuk sesebuah masjid mengupah mengawal keselamatan sendiri, “katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP di sini hari ini.

Sebelum ini tular menerusi video seorang lelaki bukan Islam disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) .

Kejadian dipercayai berlaku sebelum solat Subuh dan lelaki terbabit meluru masuk serta membuat kecoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya