Song Hye kyo dedah selalu jadi mangsa hinaan sejak kecil, terkilan komen melampau - Utusan Malaysia

Song Hye kyo dedah selalu jadi mangsa hinaan sejak kecil, terkilan komen melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon popular, Song Hye-kyo, mendedahkan sejak memulakan kerjaya pada usia muda, dirinya selalu menjadi target hinaan dan kritikan.

Menurut Song, dia akan mengabaikan kata-kata tersebut namun hatinya hancur apabila melihat keluarganya turut terkena tempias makian tersebut.

“Saya banyak kali dihina sepanjang terlibat dalam kerjaya ini. Cuma sekarang sudah okay, tapi dahulu banyak hinaan dilemparkan kepada diri saya.

“Orang menulis dan berkata apa sahaja mengenai saya. Tapi apabila keluarga saya turut terkena tempias, hati saya hancur.

“Bila saya fikir semula, selalu ada khabar angin mengenai diri saya tak kiralah besar atau kecil.

“Selalunya saya akan biarkan saja cuma kadangkala saya terfikir, bukankah sesetengah hinaan itu agak melampau,” katanya ketika menjadi tetamu di rancangan ‘You Quiz on the Block’.

Jelas pelakon Full House itu lagi, dia bersyukur kerana mempunyai kawan yang baik iaitu penulis skrin, Noh Hee-kyung yang rajin memberikan nasihat.

“Saya kerap berhubung dengannya dan dia selalu nasihatkan untuk saya sayang diri sendiri.

“Dia cadangkan untuk saya senaraikan 10 perkara yang buat saya bersyukur setiap hari.

“Saya sedar bila terlalu inginkan sesuatu, itu petanda ia bukan ditakdirkan buat saya.

“Sekarang saya biarkan semuanya terjadi sendirinya. Saya tidak menyesali masa lalu,” jelasnya.

Song juga mendedahkan cara fikir dan karakternya berubah setelah membintangi drama Netflix popular, The Glory.

Baginya, pada usia 40, dia enggan lagi bergantung kepada penampilan dan hanya mahu berikan persembahan lakonan yang terbaik. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya