‘Sombong, kerjasama PH-Warisan mustahil’

‘Sombong, kerjasama PH-Warisan mustahil’

RAZEEF RAKIMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ego dan ke­sombongan Parti Warisan (Warisan) terlalu tinggi jadi, agak mustahil untuk melihat Pakatan Harapan (PH)-Warisan kembali bekerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Timbalan Ketua Penera­ngan PKR, Razeef Rakimin berkata, pengalaman bekerjasama dengan Warisan sebelum ini mengajar PH untuk bersikap lebih berhati-hati dalam menjalin kerjasama.

Katanya, kerjasama bersama Warisan boleh diibaratkan sebuah perkahwinan dan dalam perkahwinan itu PH didera dan kemudian mengambil keputusan untuk berpisah, jadi takkan PH hendak bersama dengan mereka semula.

“Kita juga tahu Warisan bukanlah rakan kongsi yang sesuai untuk PH. Agenda politik mereka bukanlah seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini.

“Sentimen yang dibawa seperti Sabah for Sabahan juga tidak menunjukkan keikhlasan kerana mereka bertanding di Semenanjung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, laungan Unity yang dibawa juga hanya memecah­belahkan orang, jadi PH tidak nampak Warisan ini sebuah parti yang betul-betul telus.

Razeef yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata, dalam soal kerjasama menjelang PRN, PH tidak mahu bersikap terburu-buru kerana sudah beberapa kali PH dipijak-pijak.

“Dalam kerjasama, kita ti­dak boleh terburu-buru kera­na mungkin kerjasama yang ada sekarang sesuai, tetapi jika pada masa akan datang rakan kita bermasalah, jadi kita boleh buat pilihan lain.

“Kita mahu lebih berhati-hati dan sudah tentu siapa yang memberi tawaran terbaik, kita akan pertimbangkan sebagai rakan kerjasama,” katanya.

Pada PRN 2020, Warisan bersama PH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berjaya memenangi 32 kerusi, bagaimanapun kerjasama itu terhenti apabila Wa­risan memutuskan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan bertanding 52 kerusi seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya