SJKT Batu Caves tubuh taman halau nyamuk perangi denggi

SJKT Batu Caves tubuh taman halau nyamuk perangi denggi

PASUKAN Buzz of Blenders dari SJKT Batu Caves, Selangor, giat menjual pani puri di sekolah mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Prihatin terhadap masalah rakan-rakan sekolah yang dijangkiti demam denggi, pasukan Buzz of Blenders daripada SJKT Batu Caves, Selangor, menggerakkan sebuah perusahaan sosial dengan menjual pani puri iaitu sejenis makanan tradisional kaum India bagi membiayai pembinaan taman penghalau nyamuk di sekolah mereka.

Inisiatif dan komitmen mereka terhadap kesihatan komuniti telah memukau para juri dalam Good SENS National Dragons’ 2024, sekali gus melayakkan kumpulan usahawan muda ini merangkul gelaran Perusahaan Sosial Terbaik Keseluruhan 2024 atas penyelesaian inovatif yang diketengahkan.

Program Good SENS (Social Enterprise Network for Schools), inisiatif literasi kewangan oleh Financial Industry Collective Outreach (Finco), melibatkan penyertaan 60 pasukan sekolah rendah seluruh negara. Hanya 11 pasukan terpilih untuk membentangkan idea mereka secara langsung di Kuala Lumpur, bersaing untuk mendapatkan pelaburan lanjut dan mempamerkan perusahaan sosial kreatif mereka. Ketua Pegawai Eksekutif FincoClare Walker berkata, program Good SENS ini lebih daripada platform pelajar muda menonjolkan bakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN