Siti Mastura bayar saman RM830,034.75  

Siti Mastura bayar saman RM830,034.75  

DR. SITI MASTURA MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menyelesaikan bayaran sebanyak RM830,034.75  kepada veteran dan pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok susulan kalah saman fitnah seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, 4 Disember lalu.

Jumlah itu merangkumi ganti rugi, kos guaman dan faedah.

Pembayaran dilakukan melalui cek ke akaun firma guaman yang mewakili ketiga-tiga plaintif, Datuk Sankara Narayanan (SN) Nair, semalam.

Peguam mewakili Siti Mastura, Yusfarizal Yussoff berkata, meskipun pembayaran sudah dibuat, pihaknya memohon wang berkenaan disimpan dalam akaun peguam plaintif sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan.

“Saya ingin memaklumkan satu persetujuan telah dicapai, dan saya percaya Datuk Nair (peguam pihak plaintif) boleh mengesahkan perkara ini. Ini adalah seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” kata Yusfarizal yang hadir bersama SN Nair.

Tahun lepas, mahkamah memerintahkan Siti Mastura membayar RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, RM200,000 kepada Kok dan RM25,000 sebagai kos guaman kepada setiap seorang.

Mahkamah Tinggi, pada 4 Disember lalu, mendapati Siti Mastura bersalah atas tuduhan memfitnah kerana mengaitkan ketiga-tiga pemimpin itu dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dalam ceramah pilihan raya.

Mahkamah memutuskan bahawa kenyataannya tidak berasas dan merosakkan reputasi pemimpin.

Siti Mastura telah memohon penangguhan pelaksanaan bagi menangguhkan pembayaran.

Yusfarizal berkata pengurusan kes untuk rayuan itu ditetapkan pada 13 Mac.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya