Sistem WBB hanya boleh mula selepas kelulusan Menteri, persetujuan JPA

Sistem WBB hanya boleh mula selepas kelulusan Menteri, persetujuan JPA

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan projek rintis sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) hanya boleh dimulakan dengan kelulusan menteri dan persetujuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, garis panduan pelaksanaan projek rintis kepada fasiliti-fasiliti kesihatan telah dibuat melalui surat edaran dalaman, agar persediaan di lapangan dapat dibuat sebelum projek rintis dilaksanakan.

Malangnya, kata beliau, surat edaran tersebut telah didedahkan kepada awam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah disalahfaham erti dan fungsinya,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Pelaksanaan sistem itu mendapat kritikan selepas surat edaran bertajuk Pelaksanaan Sistem WBB Fasa Pertama bertarikh 10 Januari menyebut WBB diluluskan untuk projek Fasa Pertama oleh Ketua Setiausaha KKM pada 3 Januari lalu, membabitkan beberapa jabatan di hospital terpilih.

Dzulkefly berkata, WBB hanya sebagai tambahan pilihan kepada dua lagi sistem sedia ada dilaksanakan dan bukannya direka untuk menggantikan langsung sistem sebelum ini.

“Sistem baharu malah dibentuk doktor lapangan dengan diambil kira pelbagai input dari pemegang taruh di pelbagai peringkat menerusi kajian selama setahun,” tegasnya lagi.

Pemilihan apa-apa aturan jadual kerja juga kata beliau, tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan tahap ketersediaan jabatan terlibat serta pihak pentadbiran hospital itu.

Petugas kesihatan di fasiliti awam ujarnya, berdepan dengan bebanan kerja dan cabaran tugasan amat tinggi dengan waktu kerja yang panjang iaitu selama 33 jam tanpa henti, manakala bagi tugasan atas panggilan, jumlah masa itu boleh mencecah 99 jam seminggu dan ia tidak sepatutnya menjadi norma dalam kerjaya pegawai perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya