Sistem pusingan kerja kaunter perkhidmatan mampu tangani isu integriti

Sistem pusingan kerja kaunter perkhidmatan mampu tangani isu integriti

SAIFUDDIN Nasution Ismail melawat pameran AiSSE'25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam khususnya yang bertugas di kaunter perkhidmatan mampu menangani masalah integriti bagi memperkukuhkan kepercayaan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu juga mewujudkan suasana kerja lebih kondusif kepada golongan itu terutama mereka bekerja melebihi lima tahun.

“Di KDN (Kementerian Dalam Negeri) ada agensi yang membabitkan perkhidmatan kaunter dan paling popular ialah Jabatan Imigresen, ada Jabatan Pendaftaran dan sebagainya.

“Ya banyak sistem (kaunter perkhidmatan) adalah berasaskan secara langsung dengan rakyat (di KDN),” katanya selepas menyampaikan ucap tama Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam melakukan pusingan kerja petugas kaunter meliputi kakitangan yang berkhidmat lebih lima tahun kerana tempoh tersebut amat lama serta tidak bersesuaian selain boleh menyebabkan tekanan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, tujuan asal operasi kaunter bagi membaiki dan mempercepatkan sistem penyampaian.

Malah, katanya, operasi kaunter sewajarnya dapat mewujudkan iklim kerja yang lebih kondusif kepada petugas dan mereka sepatutnya tidak boleh terlalu lama berada di situ.

“Yang penting, ia harus berasaskan rakyat dan kalau itu dapat kita lakukan, saya sangat yakin kita akan dapat merasai perubahan yang akan dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya