Sistem pelepasan imigresen guna kod QR di 40 lorong khas KLIA

Sistem pelepasan imigresen guna kod QR di 40 lorong khas KLIA

Sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) khusus buat warganegara Malaysia akan diperkenalkan bermula bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) khusus buat warganegara Malaysia akan diperkenalkan bermula bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sistem itu antara cadangan langkah penyelesaian isu kesesakan yang sering berlaku di pintu-pintu masuk negara termasuk di KLIA terutama pada waktu puncak dan musim cuti.

Beliau berkata, 40 lorong khas ini akan ditempatkan di kawasan ketibaan dan pelepasan (arrival and departure) Terminal 1 dan 2 KLIA.

“Antara kelebihan pelepasan imigresen menggunakan Kod QR adalah seperti tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan kaedah autogate konvensional.

“Ia seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk terutama di waktu puncak dan meningkatkan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini serta mengurangkan ketirisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, melalui sistem Kod QR ini, pengembara tidak lagi perlu mengeluarkan buku pasport semasa pelepasan imigresen.

Bagaimanapun, katanya, mereka diwajibkan untuk sentiasa membawa buku pasport di sepanjang perjalanan.

Jelasnya, meskipun pelepasan imigresen menggunakan Kod QR ini telah diperkenalkan, kemudahan kaunter manual dan sistem autogate konvensional akan terus tersedia dan masih boleh digunakan seperti biasa.

“Pada masa ini, proses pelepasan imigresen di KLIA masih bergantung kepada kaunter manual dan sistem autogate yang mempunyai kemampuan terbatas.

“Walaupun autogate telah diperkenalkan untuk mempercepatkan pelepasan imigresen, kecekapan autogate masih lagi menjadi isu utama yang menyebabkan kaunter manual terus menjadi pilihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya