PETALING JAYA: Sindiket pengemis yang didalangi warga Yemen tumpas dalam serbuan di Klang, Selangor dan Bukit Bintang dekat sini, Selasa lalu. Serbuan Op Pintas Khas bermula kira-kira pukul 10 malam itu dijalankan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menahan lapan warga Yemen termasuk dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun. Menurutnya, seramai tujuh kanak-kanak termasuk bayi terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan yang berusia satu bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya