Sindiket curi kabel tumpas, tiga dijatuhi penjara enam tahun

Sindiket curi kabel tumpas, tiga dijatuhi penjara enam tahun

NORHIZAM menunjukkan kabel yang dirampas daripada sindiket di IPD Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi kabel di kawasan Kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang serta di kawasan sekitar daerah Sepang pada Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, susulan itu, tiga individu ditahan masing-masing berusia 30 hingga 45 tahun.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan telah pun didakwa di Mahkamah Sepang pada 27 Disember tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.

“Ketika ditahan, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan lima kesalahan jenayah dan tiga rekod kesalahan narkotik. Kegiatan jenayah ini melibatkan 14 manhole terbuka sepanjang lebih kurang dua kilometer dengan kerugian sebenar kira-kira RM250,000.

“Suspek juga telah menyewa kenderaan atau menggunakan kenderaan bukan milik mereka sendiri bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pelbagai peralatan telah dirampas termasuk alat memotong kabel selain kabel yang telah dipotong.

Norhizam berkata, pihaknya akan terus memantau dan mengesan sebarang aktiviti curi kabel di Daerah dan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.

“Kerjasama rapat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta pihak berkuasa lain juga akan terus dijalinkan bagi memastikan jenayah kecurian kabel ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya