SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan agar nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal dinaikkan. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya. Jelas beliau, sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang adalah bertujuan memberi kesedaran, meningkatkan pematuhan dan langkah pencegahan. “Kami komited bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri mengenai perkara berkenaan,” katanya selepas menutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi Mara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya