Siasatan terhadap BAM selesai, tiada unsur jenayah dikesan - Azam Baki

Siasatan terhadap BAM selesai, tiada unsur jenayah dikesan – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap dakwaan salah laku seorang pegawai tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah selesai dan tiada unsur jenayah ditemukan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, ramai yang keliru dengan kes itu dan menganggap SPRM tidak menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata, kes itu telah disiasat terutama membabitkan individu yang dinamakan dalam surat layang yang diterima SPRM.

“Kita juga membuat pengesanan daripada surat layang itu kononnya berlaku unsur salah laku seorang pegawai tinggi BAM yang dikatakan mengambil elaun tanpa kelulusan Ahli Majlis BAM.

“Siasatan telah selesai dan tiada sebarang kes jenayah dikenakan terhadap individu berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya telah diarahkan membuat laporan lengkap mengenai dakwaan itu malah, telah berhubung dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sendiri.

Azam berkata, pihaknya juga akan menghantar satu laporan lengkap berhubung beberapa isu tata kelola yang perlu diambil perhatian oleh BAM.

Menurutnya, BAM dan Kementerian Belia dan Sukan juga turut menyambut baik saranan itu serta menunggu laporan penuh daripada SPRM.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan telah menerima maklumat daripada individu yang tidak diketahui yang mahu siasatan dilakukan terhadap seorang pegawai tertinggi BAM kerana didakwa menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga.

Malah, Azam sebelum ini juga mengesahkan individu itu merupakan kepimpinan tertinggi persatuan sukan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya