Sesi temuduga masuk Sekolah Patriotik UMNO

Sesi temuduga masuk Sekolah Patriotik UMNO

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) menggaul yee sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Serbaguna SJK (C) Jerkoh, Kampung Baru Jerkoh di Lipis, Pahang. - UTUSANSALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: UMNO akan mengadakan sesi temuduga untuk kumpulan kedua susulan permintaan tinggi golongan muda untuk menyertai Sekolah Patriotik UMNO sejak ia dilancarkan kelmarin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekolah berkenaan dimulakan dengan penyertaaan 50 peserta berusia antara 18 tahun hingga 39 tahun tanpa menjalani proses temuduga yang dinamakan sebagai Patriot 1.

“Peserta dipilih untuk mengikuti program ini sebagai permulaan dalam melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan parti keramat ini.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melancarkan penubuhan Sekolah Politik UMNO ini merupakan pensyarah pertama sebagai indikator perjuangan UMNO menghadapi cabaran politik masa hadapan.

“Peserta terpilih akan melalui enam modul latihan yang dirangka secara holistik merangkumi aspek pemikiran kritis, kepemimpinan strategik dan pemahaman mendalam terhadap perjuangan UMNO,” katanya sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Serbaguna SJK (C) Jerkoh, Kampung Baru Jerkoh, di sini hari ini.

Pada 27 Oktober tahun lalu, Ahmad Zahid memaklumkan, Wan Rosdy akan mengetuai sekolah politik yang ditubuhkan Barisan Nasional (BN) di bawah biro latihan dan perkaderan UMNO. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya