Seorang maut, lapan cedera dalam nahas lori-Estima

Seorang maut, lapan cedera dalam nahas lori-Estima

KEADAAN Toyota Estima yang remuk selepas berlanggar dengan lori di Kilometer 86, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 86, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam
kejadian pukul 7.15 malam itu, mangsa yang maut ialah penumpang Toyota Estima, Widiani Afendi, 39.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori jenis Mitsubishi dipandu Ng Kuang Hui, 53, dalam perjalanan dari arah Simpang Renggam ke Ayer Hitam, manakala Toyota Estima yang dipandu Mohd. Nur Fitri Iskandar, 26, datang dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan menyebabkannya berlanggar dengan Toyota Estima.

“Akibatnya, seorang penumpang bahagian belakang kanan Toyota Estima, Widiani Afendi mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Pemandu Toyota Estima dan enam lagi penumpang termasuk tiga kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga tujuh tahun mengalami kecederaan.

Semua mangsa termasuk yang yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan rawatan, manakala pemandu lori yang mengalami luka pada bahagian kepala dan badan menerima rawatan di Hospital Pantai Batu Pahat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya