Seorang maut, 2 cedera kemalangan ketika buat pusingan U

Seorang maut, dua cedera kemalangan ketika buat pusingan U

KEADAAN kereta terlibat kemalangan yang meragut satu nyawa di Kilometer 5 Jalan Ajil - Kuala Berang, Hulu Terengganu.  - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pemuda maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 5 Jalan Ajil – Kuala Berang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, Safari Hashim Mahadi, 37, yang merupakan penumpang hadapan Proton Wira meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) setelah cedera parah di bahagian kepala.

Abang iparnya, Mohd. Razali Anak, 57, yang memandu kereta tersebut serta seorang penunggang Yamaha 135LC, Muhammad Arif Taqiyuddin Md Nasir, 23, mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata,  kemalangan berlaku semasa mangsa bersama abang ipar dan adiknya, Zulhaiza Mastura, 31, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Durian Kassim daripada HHT. 

“Sampai di tempat kejadian semasa membuat pusingan U untuk ke stesen minyak, sebuah motosikal yang datang dari arah Kuala Terengganu merempuh pintu hadapan sebelah kiri kereta,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya