Senoi Praaq Kawal Sempadan Kelantan-Thailand

Senoi Praaq Kawal Sempadan Kelantan-Thailand

MOHD. Yusoff Mamat (kiri) memeriksa perbarisan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penugasan jenayah rentas sempadan dari Tumpat hingga ke Rantau Panjang kini dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq yang dikenali dengan ketegasan dan komitmen mereka, bermula Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd.Yusoff Mamat berkata, anggota Batalion 18 itu melakukan kawalan sepanjang kawasan tanggungjawab  sejauh 50 kilometer (km) bagi menghalang kemasukan barangan terlarang termasuk dadah.

“Pasukan ini memang terkenal dengan ketegasan dan komitmen tinggi, jadi kita harapkan penempatan mereka di sempadan negara dapat menghasilkan impak positif terhadap usaha membanteras jenayah rentas sempadan terutama pengedaran dadah.

“Kelantan negeri yang popular dengan isu dadah terutama pil kuda dan sehingga hujung tahun lalu, kira-kira satu tan metrik pil kuda dirampas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen(IPK) di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya