‘Sempadan Malaysia-Thailand ibarat 'litar lumba'’

‘Sempadan Malaysia-Thailand ibarat ‘litar lumba’’

SHAMSUL Azri Abu Bakar (kanan) beramah mesra bersama penunggang motosikal warga Thailand yang sedang memasuki sempadan malaysia semasa meninjau pengoperasian di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan selepas peluncuran Program rintis Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia.- UTUSAN /KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kawasan sempadan Malaysia-Thailand, di sini umpama ‘litar lumba’ dalam mengekang aktiviti penyeludupan.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Hazani Ghazali  berkata, operasi di pintu sempadan menguji stamina pasukan AKPS dalam penugasan seharian mereka.

“Mana tidaknya, pintu masuk sempadan ini bukan sahaja sibuk dengan urusan rasmi tetapi menjadi ‘litar lumba’ untuk mereka yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan.

“Justeru, semua pegawai kena bersedia dan jangan biarkan mereka ini (penyeludup) lebih laju daripada kita,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Rintis AKPS yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini hari ini.

Hazani berkata, AKPS bertindak sebagai agensi kerajaan barisan hadapan di pintu-pintu masuk negara termasuk di pelabuhan berdasarkan Akta 806 Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang telah diwartakan pada 17 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, pemilihan Kompleks ICQS Rantau Panjang sebagai lokasi rintis sekali gus menjadi pembuktian konsep agensi tunggal kawalan sempadan kerana ia merupakan antara pintu masuk strategik antara Malaysia dan Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya