Seleweng RM132,000 bantuan mualaf, kakitangan kerajaan direman

Seleweng RM132,000 bantuan mualaf, kakitangan kerajaan direman

SEORANG kakitangan kerajaan di negeri ini (dua dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah remah di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang kakitangan kerajaan di negeri ini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan wang bantuan mualaf berjumlah RM132,000.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 28 tahun itu disyaki menyeleweng wang bantuan membabitkan 49 mualaf bermula dari tahun 2022 sehingga 2024.

“Suspek berperanan mengumpulkan dokumen saudara baharu ini bagi membolehkan sumbangan tersebut dikeluarkan.

“Dia telah membuat tuntutan daripada jabatan kerajaan menggunakan dokumen berkenaan di mana duit itu sepatutnya diserahkan kepada mualaf terlibat,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, suspek ditahan sekitar pukul 4.30 petang semalam selepas dipanggil hadir ke pejabat SPRM negeri.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan tuntutan palsu.

“Suspek direman sehingga 26 Januari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya