Selepas kerang, ubur-ubur beracun ditemukan di Pantai Sura

Selepas kerang, ubur-ubur beracun ditemukan di Pantai Sura

SEBAHAGIAN ubur-ubur dipercayai beracun yang terdampar di Pantai Sura, Dungun, Terengganu. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Puluhan ubur-ubur dipercayai spesies beracun yang dikenali Portuguese Man O’ war dikesan muncul di Pantai Sura, di sini, yang menjadi lokasi tumpuan ramai mengutip kerang terdampar.

Rata-rata pengunjung di pantai itu turut terkejut melihat ubur-ubur itu terdampar di pasir pantai itu.

Seorang pengunjung, Zarifah Zakaria, dari Kampung Sura, di sini, berkata, dia ke pantai itu untuk mengutip kerang terkejut melihat ubur-ubur itu yang terdampar lebih 500 meter di pantai.

“Pada awalnya saya lihat banyak objek yang gelembung atas pasir yang cantik berwarna biru gelap, bila didekati saya dapati objek itu adalah ubur-ubur.

“Ubur-ubur ini bersaiz kecil dan kalau tak diperhatikan betul-betul memang kita tidak perasan,” katanya.

Pantai Sura menjadi lokasi tumpuan orang ramai sejak Rabu selepas ribuan kerang terdampar di pantai itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN