Selepas 14 tahun, warga emas nikmati bekalan elektrik sempurna

Selepas 14 tahun, warga emas nikmati bekalan elektrik sempurna

TUMIRAN  Munawar teruja dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyediakan pemasangan 69 tiang elektrik secara percuma di rumahnya dekat Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penantian seorang warga emas untuk menikmati bekalan elektrik dengan sempurna akhirnya tercapai selepas 14 tahun terpaksa menggunakan lilin, minyak tanah dan generator sebagai sumber tenaga serta pencahayaan.

Tumiran Munawar, 73, dari Kampung Pecah Rotan dekat Batu Rakit di sini,  teruja apabila impiannya itu direalisasikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang menelan kos lebih RM50,000.

Pesara Pasukan Gerakan Am (PGA) itu berkata, dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk memohon pemasangan tiang elektrik ke rumahnya sebelum ini disebabkan masalah kewangan.

“Jarak rumah saya dengan jalan utama adalah lebih lapan kilometer dan saya dimaklumkan bahawa kos pemasangan tiang elektrik adalah tinggi. Untuk menikmati bekalan elektrik, saya perlu menyediakan wang mencukupi bagi kos pemasangan 69 tiang elektrik dari jalan utama ke rumah.

“Memang saya tidak mampu namun jauh di sudut hati sentiasa berharap akan menikmati bekalan elektrik yang sempurna sama seperti orang lain dan tidak sangka hasrat itu tercapai hari ini,” katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis penyerahan projek pendawaian semula TNB 2024 Kampung Batu Rakit yang turut dihadiri Pengurus Besar TNB negeri, Ir Mohamad Mohyddin Mohamed Nor.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd. Shafizi Ismail berkata, pihaknya sentiasa berusaha membuat permohonan CSR pemasangan meter TNB dan tiang elektrik ke rumah Tumiran sebelum ini. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya