Sejuk macam sedang bogel, ada suara suruh pakai selendang - Zila Bakarin - Utusan Malaysia

Sejuk macam sedang bogel, ada suara suruh pakai selendang – Zila Bakarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zila Bakarin, berkongsi kejadian aneh yang dilalui pada 2020 sehingga menyebabkannya memilih mengenakan hijab.

Mengimbau kembali detik itu, Zila atau Rosmawati Bakarin , 49, sedang bersiap untuk mengambil anak pulang daripada sekolah sebelum tubuhnya tiba-tiba terasa sejuk.

“Pagi saya hantar anak pergi sekolah, saya pakai baju tidur dengan berseluar pendek seperti biasa.

“Tengah hari saya nak ambil mereka, saya buka almari selalunya akan capai seluar pendek sebagai pilihan utama. Tetapi hari itu saya capai seluar jeans panjang dan sweater tebal.

“Walaupun panas tetapi saya rasa sejuk semacam dan saya terbayangkan diri seperti sedang berbogel. Muka saya terasa kembang.

“la buatkan saya jadi sangat takut sampai terfikir mungkin saya nak mati,” katanya. 

Zila berkata demikian dalam satu temu ramah sebuah podcast Borak Selebriti 

DJ Radio Dina Nadzir dan Falyq Hikyle yang tular di TikTok. 

Pelakon Jalan Ke Syurga itu terus masuk ke dalam rumah sebelum terdengar bisikan seolah-olah menyuruhnya menyarungkan selendang untuk menutup bahagian kepala. 

Walaupun kejadian itu berlaku sangat singkat, tapi ia cukup meninggalkan impak sehingga membuatkannya bertekad meninggalkan penampilan seksi. 

“Saya pergi bilik dan saya nampak ada sehelai selendang. Terasa ada bisikan suruh saya ambil dan pakai selendang itu

“Bila saya pakai saja rasa seperti kepala saya disiram air sejuk. Kemudian saya rasal normal balik.

“Saya tertanya apa yang Allah cuba tunjukkan dekat saya sebenarnya.

Mungkin petanda saya nak bogel sangatkan? Allah bagi saya rasa bogel itu,” jelasnya.

Pertama kali mengenakan hijab, Zila mendedahkan seluruh ahli keluarganya terkejut, namun gembira dengan perubahan imej yang dilakukan.

“Saya terus pakai selendang itu, dan anak saya puji cakap saya cantik kalau saya tutup aurat dengan sempurna.

“Suami saya tertanya-tanya pada awalnya, dan saya beritahu yang saya tak nak dia disoal oleh Allah mengenai aurat saya,” tambahnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya