Segera tutup premis ayam tiga kali dikompaun

Segera tutup premis ayam tiga kali dikompaun

PENDUDUK menunjukkan lalat di kertas perangkap lalat di rumahnya di Kampung Ladang Batu, Tanjong Sepat, Kuala Langat, semalam. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Premis ternakan ayam yang tiga kali dikenakan tindakan kompaun perlu segera ditutup bagi mengelak isu kacau ganggu lalat kepada penduduk di Tanjong Sepat, Kuala Langat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, Datuk Borhan Aman Shah berkata, tindakan tegas seumpama itu perlu dilakukan pihak berwajib bagi menangani isu berkenaan yang menjejaskan ketenteraman dan kesihatan awam.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kebudayaan Selangor itu, kacau ganggu lalat itu bukan saja melibatkan Kampung Ladang Batu malah Kampung Batu laut, Kundang dan Tanjong Sepat. 

“Mana-mana (premis) yang telah tiga kali didenda atau kompaun perlu ditutup dan jangan diberi peluang.

“Ini bagi membuktikan tindakan tegas diambil dan tidak dianggap main-main (oleh pemilik premis),” katanya pada sidang akhbar pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan lebih 500 penduduk kampung itu membuat bantahan kerana sengsara terpaksa makan, minum dan tidur dengan lalat setiap hari sejak tiga tahun lalu.

Masalah didakwa berpunca daripada sebuah premis ternakan ayam berdekatan kawasan itu dan keadaan terbabit bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian malah merisikokan kesihatan mereka.

Gangguan lalat itu semakin teruk sehingga penduduk terpaksa membeli ratusan pelekat perangkap lalat setiap bulan dan memasang kelambu untuk tidur.

Selain tidak selesa, ramai penduduk termasuk kanak-kanak mengalami cirit birit akibat keracunan makanan.

Mengulas lanjut, tegas Borhan, rata-rata premis ternakan ayam di lokasi berkenaan masih menggunakan kaedah konvensional.

“Saya sebelum ini memanggil penternak ayam, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Tanah dan Galian serta wakil penduduk bagi mencari langkah terbaik mengatasi masalah itu. 

“Kawasan itu perlu diwajibkan secara moden dan bukannya secara konvensional. Namun, ada penternak mahu tunggu habis lesen (premis) baru beralih ke arah moden,” ujarya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya