'Sedia berpisah, enggan anak-anak jadi mangsa'

‘Sedia berpisah, enggan anak-anak jadi mangsa’

HAFIZ Suip bersama isteri dan dua orang anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Hafiz Suip sedia melepaskan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah, dengan cara baik demi menjaga emosi anak-anak.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, tidak mahu merumitkan keadaan selain memberi kerjasama berbincang mengenai hak penjagaan dua orang anak, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.

“Kalau sudah memang tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.

“Saya tidak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik, jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” katanya.

Selain itu, Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu ke-34 itu turut berkata, dia memilih menyelesaikan kemelut rumah tangga secara peribadi kerana enggan campur tangan pihak lain.

“Kami masih suami isteri buat masa ini cuma dalam proses bercerai. Kami juga sedang berbincang untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

“Sekarang solusi saya ialah mahu menyelesaikan ini dengan cara yang baik tiada gangguan daripada pihak yang lain. Setakat ini Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cukup saya simpan sendiri perkara ini,” jelasnya.

Terdahulu, desas-desus hubungan rumah tangga Hafiz mendapat perhatian apabila penyanyi itu menyahaktif akaun media sosial secara tiba-tiba.

Menguatkan lagi spekulasi itu apabila gambar Hafiz tidak dimuat naik di akaun media sosial isterinya ketika ulang tahun perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei
2016 dan dikurniakan dua orang anak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya