Sebat terbuka: Kerajaan Kedah serah kepada Mahkamah Syariah

Sebat terbuka: Kerajaan Kedah serah kepada Mahkamah Syariah

Muhammad Sanusi Md Nor menyambut pengembara yang tiba dari Thailand sempena Majlis Sambutan Tahun Melawat Kedah 2025 di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kerajaan Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Syariah berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan secara terbuka melibatkan pesalah syariah di negeri ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bidang kuasa dalam menetapkan pelaksanaan hukuman tersebut terletak sepenuhnya kepada badan itu. 

“Itu keputusan mahkamah (syariah). Mahkamah akan putuskan sebat, rotan atau rejam, semua mahkamah. Kita tidak boleh campur urusan mahkamah.

“Saya pun tidak boleh campur. Ada pemisahan kuasa mahkamah, kehakiman dan saya selaku eksekutif,” katanya ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin bahawa negeri di bawah Pas perlu membuat kesediaan ke arah melaksanakan hukuman sebat secara terbuka terhadap pesalah syariah sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Terengganu. 

Kelmarin, Kelantan menyatakan hasratmengikut jejak Terengganu dalam melaksanakan hukuman sebat terbuka itu dengan meneliti prosedur operasi standard (SOP) bertepatan. 

Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, kerajaan negeri tidak boleh bertindak mendahului Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan berhubung perkara itu. 

“Ada tempat-tempat (negeri-negeri) digazetkan untuk hukuman sebat, jenayah takzir. Mahkamah putuskan di mana dia sebat di situlah. Kita tidak bolehlah mendahului mahkamah,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya