Sebarang himpunan perlu dapat kebenaran pemilik tapak - Fahmi

Sebarang himpunan perlu dapat kebenaran pemilik tapak – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana perhimpunan yang hendak dianjurkan perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tapak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah ditetapkan oleh undang-undang sedia ada termasuk permit berhimpun dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, sebagai contoh, beberapa himpunan yang diadakan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, termasuklah di Padang Merbok juga memohon kebenaran daripada pemilik tapak premis.

“Kita kena lihat dari segi ketertiban dan pematuhan undang-undang. Saya ingat, ada banyak ketika di mana di Padang Merbok, ada mohon dan dapat kelulusan daripada penganjur.

“Ia ada banyak perkiraan seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebut bahawa semua perkiraan ini diambil sebagai faktor sama ada meluluskan atau tidak.

“Tapi jika seseorang itu atau mana-mana pihak ingin anjurkan perhimpunan waktu ini perlu menyatakan dengan jelas tujuan perhimpunan itu serta perlu mendapat kebenaran daripada pemilik tapak.

“Jika pemilik tapak tidak membenarkan, maka ia melanggar undang-undang,” katanya ketika ditemui di Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan disuarakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah Sabtu ini.

Katanya, beliau menyeru semua tanpa mengira fahaman politik untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, penganjur himpunan tersebut perlu mendapatkan izin daripada pemilik premis Sogo dan Dataran Merdeka terlebih dahulu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, permohonan penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah oleh PSM Sabtu ini, ditolak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Permohonan itu ditolak selepas mendapati notis pemberitahuan himpunan itu tidak lengkap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya