'Scammer' berani perdaya mangsa guna talian hotline polis

‘Scammer’ berani perdaya mangsa guna talian hotline polis

MASLAN UDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sindiket penipuan ‘scammer’ dikesan menggunakan talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi memperdayakan mangsa berkaitan kes polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Maslan Udin berkata, terdapat kes penyalahgunaan talian hotline IPD Port Dickson bernombor 017-6001411 oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

“Modus operandi yang dikenal pasti ialah panggilan palsu menggunakan talian IPD Port Dickson bagi tujuan memperdaya mangsa berkaitan kes-kes kesalahan trafik dan sebagainya.

“Pihak polis ingin menegaskan bahawa talian hotline (017-6001411) hanya digunakan untuk urusan rasmi dan tidak akan digunakan untuk membuat panggilan telefon kepada orang ramai serta tidak digunakan untuk meminta maklumat kewangan peribadi atau melibatkan sebarang transaksi kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak yang tidak dikenali.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan atau kes-kes salah laku berkaitan kes jenayah atau kemalangan jalan raya serta saman melalui panggilan telefon.

“Berhati-hati dengan panggilan menggunakan ugutan atau tekanan psikologi dan sentiasa merujuk atau mengesahkan sebarang maklumat kepada pigak polis di talian rasmi yang sahih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya