Saya tunggu ibu - Nelissa Nizam - Utusan Malaysia

Saya tunggu ibu – Nelissa Nizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enggan menghebahkan konflik keluarga kepada umum, pelakon, Nelissa Nizam mahu menyelesaikan kemelut antara dia dan ibu, Ayu Manaf, secara peribadi.

Bagaimanapun, dia sudah menghubungi Ayu untuk bersemuka menjernihkan situasi dan masih menunggu jawapan daripada ibu kandungnya itu.

“Buat masa sekarang, saya perlu jumpa ibu terlebih dahulu dan barulah boleh beri sebarang kenyataan. Isu ini saya tak mahu komen banyak

“Alhamdulillah, saya sudah hubungi dia dan tunggu ibu bersedia untuk bertemu, mungkin dia pun ada kesibukan sendiri dan mempunyai bisnes sambal sendiri,” katanya.

Nelissa ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Sahak Gangster di GSC Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara di sini, malam tadi.

Ketika ditanya dakwaan ibunya sebelum ini yang mengatakan mereka sudah jarang berhubung, Nelisa mengambil pendekatan mengunci mulut.

“Apa sahaja yang ibu katakan, saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana apa pun dia tetap ibu saya.

“Saya rasa semua ada masalah keluarga sendiri dan saya harap dapat berbincang dengan keluarga secara privasi.

“Apa sahaja ingin katakan ia patut dibincang hanya sesama keluarga sahaja. Saya tidak rasa cerita sebegini patut dikongsi,” ujarnya.

Pelakon Riot! Itu juga turut menerima kecaman warganet yang memanggilnya dengan gelaran ‘tanggang’ namun memilih untuk tidak ambil pusing berkenaan itu.

“Apa yang berlaku dalam keluarga kami hanya saya dan keluarga yang tahu. Orang lain nak komen apa pun ia berada di luar kawalan saya.

“Saya harap dapat berjumpa dengan keluarga dan selesaikan semua (masalah) dengan secara baik.

“Saya berharap diberikan sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Nelissa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga semasa kecil.

Bagaimanapun, ibunya bersuara dan menafikan dakwaan itu selain mengatakan hubungan mereka sudah renggang sejak dirinya berkahwin lain. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya