Saya tidak tahu khabar angin Emma kahwin baru - Chacha Maembong - Utusan Malaysia

Saya tidak tahu khabar angin Emma kahwin baru – Chacha Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Chacha Maembong terkejut mengetahui khabar angin konon kakaknya, Emma Maembong sudah berkahwin baru dengan seorang deejay kelab malam.

Chacha atau Siti Aishah Binti Ismail, 28, bagaimanapun enggan memberikan apa-apa komen mengenai perkara itu.

“Saya tidak tahu mengenai khabar angin itu dan tidak berani mahu beri apa-apa komen.

“Saya baru balik kerja dan kini berada di rumah. Oleh sebab saya tidak pernah dengar gosip mengenai itu, saya tidak mahu beri komen,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, timbul dakwaan pelakon Kerana Dia Manusia Biasa itu sudah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd, dan dilihat bercuti bersama-sama di negara seberang.

Emma dikatakan menjalin hubungan dengan individu tersebut selepas bercerai dengan suaminya Muhammad Shazli Azhar.

Pasangan itu bagaimanapun merahsiakan tarikh sebenar perceraian dan hanya memuat naik khabar perpisahan pada 7 Oktober tahun lalu.

Utusan Malaysia telah menghubungi pelakon itu untuk mendapatkan kepastian namun usaha itu gagal kerana panggilan tidak diangkat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN