‘Saya tidak lihat, sembunyi dokumen adendum’

‘Saya tidak lihat, sembunyi dokumen adendum’

ZALIHA Mustafa ketika ditemui pemberita pada Sesi Temu Rapat Dr. Zaliha Bersama Persatuan, Wakil Masyarakat & Organisasi Berkaitan Warga Emas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Institut Latihan DBKL Bandar Tun Razak di sini hari ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa tidak pernah melihat dokumen Titah Adendum berkaitan keputusan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau sekali gus menafikan dakwaan menyembunyikan dokumen itu.

Katanya yang juga salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata, beliau tidak pernah melihat dokumen tersebut dan tidak terlibat dalam sebarang tindakan menyembunyikannya.  

“Saya bukan jurucakap kerajaan dalam isu ini, saya juga bukan jurucakap kepada Lembaga Pengampunan. 

“Namun, ada tuduhan dilemparkan kepada saya termasuk kononnya saya menyembunyikan addendum. Saya ingin tegaskan, saya tidak menyembunyikan apa-apa.

“Saya sendiri seperti menteri-menteri lain tidak melihat dokumen yang disebut sebagai Titah Adendum itu,” katanya dalam Sidang Media selepas Sesi Temu Rapat bersama Warga Emas Wilayah Persekutuan di Institut Latihan DBKL, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan Dr. Zaliha Mustafa turut mengesahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan mengenai Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan didedahkan kepada umum.

Kata beliau, butiran minit mesyuarat itu adalah perkara sulit dan ia adalah hak Lembaga Pengampunan.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melalui episod terbaharu podcast beliau iaitu “Keluar Sekejap”, menggesa Dr. Zaliha Mustafa dan Datuk Seri Azalina Othman Said bersuara mengenai dakwaan wujudnya tambahan perintah diraja yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Katanya, kedua-dua menteri tersebut bertanggungjawab secara langsung bagi menjelaskan isu dokumen tambahan ini.

Mengulas lanjut, Dr. Zaliha berkata, kenyataan ini secara tidak langsung jawapan kepada persoalan dan gesaan yang dibuat oleh Khairy, baru-baru ini. 

“Saya tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenai perkara ini. Bagi saya, penjelasan ini sudah mencukupi untuk menjawab segala pertuduhan ke atas saya,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya