Saya mahu tenang, gembira sahaja - Zahnita

Saya mahu tenang, gembira sahaja – Zahnita

ZAHNITA Wilson hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang, Kuantan bagi sebutan semula kes hak penjagaan anak. - UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: “Saya cuma berharap agar semuanya berjalan lancar mengikut perancangan,” ujar bekas peragawati, Zahnita Wilson atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40. 

Zahnita hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang hari ini bagi sebutan semula kes hak penjagaan empat anaknya.

Beliau berkata, tiada ulasan yang dapat diberikan memandang kes hak penjagaan anaknya itu masih dalam perbicaraan. 

“Alhamdulillah, nak cakap macam mana. Saya tidak boleh cakap banyak sebab masih dalam prosiding kan. Bagaimanapun setakat ini segalanya berjalan lancar mengikut perancangan. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang di sini hari ini. 

Ditanya tentang perancangan pada tahun ini, Zahnita berkata, dia cuma mengharapkan kehidupan yang lebih tenang dan gembira. 

“Saya cuma harap segalanya berjalan lancar. Tak nak ada sebarang halangan, pergaduhan dan sebagainya. Cuma nak tenang dan gembira sahaja. Itulah harapannya,” ujarnya. 

Pada 6 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Pahang membenarkan hak jagaan sementara exparte diberikan kepada Zahnita selepas beliau memohon kepada mahkamah mendapatkan jagaan anak-anaknya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya